Jumaat, 30 Mei 2008

Petua Kesihatan 001

Fakta Kelebihan Ais


  • Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

  • Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik(daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas . Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.
  • Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah
(Aromatherapy Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa
Colour Vibration Therapy
Complementary Alternative Medicine International
Prof. Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab (Founder)

--

"Once you have Love, you will always Love. For what's in your

mind may escape but what's in your heart will remain

forever.."

Khamis, 29 Mei 2008

Petua Elak Sakit Jantung 001

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus.. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat..

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.


Selasa, 27 Mei 2008

Petua Untuk Kaum Lelaki Bernama SUAMI & Rujukan Untuk Kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Sumbangan dari email saudara ahmad shah

Ahad, 25 Mei 2008

Petua Senang Belajar 001

Apa yang kita belajar perlulah disampaikan kepada orang lain dan diamalkan. Semakin banyak kita mengajar, semakin banyak ilmu yang kita dapat.

Sabtu, 24 Mei 2008

Petua Murah Rezeki 001

Amalkan sembahyang sunat dhuha. Semasa melakukan solat tersebut, baca surah dhuha. Cuba lakukan setiap pagi dan tunggu lah resultnya. Walaupun gaji kecil, tapi pasti wang keperluan anda sentiasa cukup jika d izinkan olehnya. Pernah dicuba dan setakat ini amalan ini tidak pernah mengecewakan.

Cara untuk mengerjakan solat dhuha,
yg terbaik, seeloknya sila rujuk para alim yang berdekatan.

Petua Awet Muda 001

Sebelum ayam jantan pertama berkokok (seelok2nya semasa embun mula turun). Sila amalkan langkah seperti berikut mengikut turutan :-

  • Bangun dari tidur
  • Sebelum gosok gigi atau sebelum memakan ape-ape, minum segelas air masak sehingga habis (bertujuan melancarkan proses penghadaman).
  • Senaman ringan (cthnya pumping 10x, x sampai 2 minit pon, untuk elakkan obesiti dan mendapat bentuk badan ideal).
  • Mandi(Sudah tentulah bagi menghilangkan bau-bauan yang tak menyenangkan,menyegarkan dan menjaga kebersihan badan)
  • Sesudah mandi, libaskan kain basahan kebetis (mengikut tahap kekebalan anda, maksudnya kalau sakit libaslah secara perlahan. Tujuan/kepercayaan bagi melancarkan perjalanan darah dibetis dan betis kelihatan cantik)
  • Sesudah itu bagi umat islam, perlulah melakukan senaman wajib sebanyak 2 rakaat. (disamping melakukan ibadah, perhatikan betul-betul, setiap bacaan dengan tajwid yang betul dengan sendirinya membentuk amalan pernafasan seperti konsep yoga, telah dibuktikan semasa "water international confrence" seorang profesor telah membuktikan yang air boleh dipengaruhi oleh perkataan,sesungguhnya badan kita mempunyai komposisi air yang banyak. Setiap pergerakan yang dilakukan dengan betul semasa senaman tersebut juga, ia melancarkan perjalanan darah, membetulkan urat yang tertindih semasa tidur, menyebabkan belakunya pergerakan diseluruh otot seterusnya membetuk badan yang cantik secara semula jadi, memanaskan badan untuk aktiviti seterusnya pada hari tersebut).
  • Bagi bukan islam, anda boleh meneruskan dengan senaman pernafasan yoga, dan beberapa senaman lain yang boleh memanaskan badan untuk bersedia melakukan kerja-kerja seterusnya pada hari tersebut.
  • Sila amalkan selama 44 hari berturut dan saya pasti akan ada perubahan dalam diri anda walaupon sedikit. Selamat mencuba

Petua Keluar Rumah

Malay Version


Laman ini bertujuan bagi mengumpul dan memelihara petua-petua perubatan, nasihat, teknologi dan kajian dari pelbagai bangsa dari zaman berzaman yang semakin pupus dan berkurangan di masa ini. Senarai petua-petua dan info akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada info yang diperolehi. Semua pembaca boleh menggunakan petua yang telah disenaraikan secara percuma dan menolong untuk mengumpulkan petua tersebut.


1. Petua Keluar Rumah

Kepercayaan : Jika anda telanggar sesuatu semasa hendak keluar dari rumah,
Maksud : Anda akan menghadapi masalah semasa keluar nanti.
Nasihat : Jangan teruskan perjalanan, tunggu seketika dan selepas itu baru teruskan perjalanan
Kaedah kajian : Pemerhatian dan pengalaman
Sumber : Orang Melayu


English Version

For non malay people, i dont know how to translate the meaning of "petua" perfectly. Petua is some sort of secret advice that will be practice within the family or clan member only. Petua will give special knowledge to people who know how to use it. From long-long time ago, our oldies will not reveal and not expose to others. The main objective for "petua pages" is to gather all traditional info for medication, advice and method of experimentation from all people in the world. Some of the traditional info had been lost from time to time. Additional list of petua and all the info will be update as soon as we get the info. All viewer can try the petua for free and help us gather the info.

1. Petua To Do Something Outside House (E.g : Go to work)

Believed : If you accidentally knocking on something before went out from the house
Meaning : you will get some trouble.

Advice : to wait for a while in your house, after that than you proceed with your work/journey

Method : Experimentation & Experience

Source : Malay People