Sebelum ayam jantan pertama berkokok (seelok2nya semasa embun mula turun). Sila amalkan langkah seperti berikut mengikut turutan :-
- Bangun dari tidur
- Sebelum gosok gigi atau sebelum memakan ape-ape, minum segelas air masak sehingga habis (bertujuan melancarkan proses penghadaman).
- Senaman ringan (cthnya pumping 10x, x sampai 2 minit pon, untuk elakkan obesiti dan mendapat bentuk badan ideal).
- Mandi(Sudah tentulah bagi menghilangkan bau-bauan yang tak menyenangkan,menyegarkan dan menjaga kebersihan badan)
- Sesudah mandi, libaskan kain basahan kebetis (mengikut tahap kekebalan anda, maksudnya kalau sakit libaslah secara perlahan. Tujuan/kepercayaan bagi melancarkan perjalanan darah dibetis dan betis kelihatan cantik)
- Sesudah itu bagi umat islam, perlulah melakukan senaman wajib sebanyak 2 rakaat. (disamping melakukan ibadah, perhatikan betul-betul, setiap bacaan dengan tajwid yang betul dengan sendirinya membentuk amalan pernafasan seperti konsep yoga, telah dibuktikan semasa "water international confrence" seorang profesor telah membuktikan yang air boleh dipengaruhi oleh perkataan,sesungguhnya badan kita mempunyai komposisi air yang banyak. Setiap pergerakan yang dilakukan dengan betul semasa senaman tersebut juga, ia melancarkan perjalanan darah, membetulkan urat yang tertindih semasa tidur, menyebabkan belakunya pergerakan diseluruh otot seterusnya membetuk badan yang cantik secara semula jadi, memanaskan badan untuk aktiviti seterusnya pada hari tersebut).
- Bagi bukan islam, anda boleh meneruskan dengan senaman pernafasan yoga, dan beberapa senaman lain yang boleh memanaskan badan untuk bersedia melakukan kerja-kerja seterusnya pada hari tersebut.
- Sila amalkan selama 44 hari berturut dan saya pasti akan ada perubahan dalam diri anda walaupon sedikit. Selamat mencuba

Tiada ulasan:
Catat Ulasan